Sunday, November 27, 2011

Kenapa kau pakai tudung??




"Aku pakai tudung masa masuk kelas supaya berkat sikit ilmunya...",saya tersenyum. Saya yakin, bukan sahaja beliau seorang beralasan sebegitu, bahkan ada beratus-ratus pelajar perempuan yang menganggap pemakaian tudung macam kopiah.

"Eh, Fariq... Nape tak pakai kopiah hari ini?", kebetulan, kopiah saya sedang di basuh, bagi memastikan kesuciannya. Sama macam tudung. Adakah sebab itu pemakaian tudung juga boleh 'on-off'?

Pemakaian tudung hari ini, bukan sesuatu yang luar biasa bagi masyarakat Islam hari ini. Bermula dari zaman 90'an, ramai antara kaum hawa sudah mula sedar apakah peranan sebagai seorang muslimah berbanding wanita-wanita terdahulu.



TUDUNG : MAHKOTA TERBAIK SEORANG WANITA !

Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :-



KESALAHAN PERTAMA :

Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.



KESALAHAN KEDUA :

Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.



KESALAHAN KETIGA :

Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.



KESALAHAN KEEMPAT :

Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.



KESALAHAN KELIMA :

Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.



KESALAHAN KEENAM :

Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.



KESALAHAN KETUJUH :

Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.



10 NASIHAT UNTUK ORG YANG BERCINTA..






1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.

2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.

Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang. Mungkin ia juga relevan kepada seseorang yang lain.